HOTEL SABAK SENTRAL

Sabak Bernam, Selangor

Hotel Bajet Untuk Anda

Servis Terbaik Dari Kami Untuk Anda

Hotel Sabak Sentral (dahulu dikenali Hotel Dragon Inn), asalnya sebuah panggung wayang lama yang ditinggalkan. Ia kemudian diambil-alih oleh pihak Majlis Daerah Sabak Bernam dan dijadikan sebuah Pusat Seminar Mini Sabak Bernam atau Sabak Bernam Mini Convention Center, bermula Jun 2010.

Kini bangunan dengan ciri-ciri kolonial ini diambil-alih oleh syarikat Seri Teko Event & Services, lalu dijadikan sebuah hotel bajet untuk kemudahan penginapan pelancong luar yang datang ke Sabak Bernam.

Juga, kami menyediaan sewaan dewan untuk majlis perkahwinan atau lain-lain majlis rasmi dan bilik seminar. Hotel Pilihan Sabak Bernam

Hotel Sabak Bernam

Lokasi Strategik Di Sabak Bernam

Hotel Sabak Sentral Sabak Bernam

Lokasi hotel ini amat strategik kerana berdekatan dengan deretan kedai makan, dan bertentangan dengan sebuah taman rekreasi, selain beberapa pasaraya kecil menjual barang keperluan. Kedai 24 jam juga berdekatan dengan hotel ini.

Menariknya, berhadapan dengan hotel ini, terdapat mall yang dikenali Sabak Sentral Mall yang menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi, kedai menjual pelbagai produk dan Restoran Nasi Buloh.

Istimewa Restoran Nasi Buloh ini kerana menu khasnya nasi di dalam buloh yang pastinya anda mesti cuba jika menginap di hotel ini. Hotel Pilihan Sabak Bernam

Fasiliti Yang Disediakan

Kaunter Pendaftaran

Ruang Menunggu

Bilik Berhawa Dingin

CCTV

WiFi Percuma

Ruang Letak Kereta Percuma

Dewan Serbaguna

Bilik Seminar

Rasai suasana seperti di kampung halaman

Jika anda mencari tempat yang damai dan jauh dari kebisingan kota, datang dan menginap di Hotel Sabak Sentral. Rasai sendiri suasana seperti di kampung halaman.

Bilik

Deluxe

  • 2 Orang
  • 1 Katil (Saiz Queen)

Famili

  • 3 Orang
  • 1 Katil (Saiz Queen)
  • 1 Katil (Saiz Single)

EKONOMI

  • Katil 2 Tingkat
  • Tandas di luar (Berkongsi)

DEWAN DAN BILIK SEMINAR

DEWAN

  • Pelbagai Guna
  • Berhawa Dingin

BILIK SEMINAR

  • Pelbagai Guna
  • Berhawa Dingin